Boston Scientific merupakan peneraju dalam bidang teknologi perubatan global yang membekalkan peranti kepada 15 pasaran utama merentas Asia serta mengendalikan pelbagai latihan perubatan dan inisiatif pendidikan.

Naib Presiden Kanan dan Presiden Boston Scientific Asia Pasifik, Warren Wang berkata, produk yang dihasilkan di Pulau Pinang akan dieksport ke pasaran pertumbuhan utama Asia.

“Malaysia ialah hab peranti perubatan yang sedang berkembang.

“Dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan global diunjurkan meningkat kepada kadar tahunan 4.1 peratus sehingga tahun 2021, kami melihat potensi besar dalam industri penjagaan kesihatan di rantau Asia Pasifik.

“Kemudahan di Malaysia akan membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengamal perubatan dan pesakit memandangkan Boston Scientific akan mempunyai akses langsung pada ekosistem penjagaan kesihatan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.