Projek bertemakan resort yang terletak berhampiran Bandar Baru Semariang itu me­rupakan sebuah bandar satelit yang sedang pesat diba­ngunkan di bandar raya Kuching.

Ketua Perhubungan Pelabur dan Awam Sentoria, Nasiruddin Nasrun berkata, salah satu tarikan utama di bandar tersebut ialah taman air yang dikenali sebagai Borneo Samariang Water Park yang dijangka beroperasi pada bulan Mac tahun ini.

“Ia merupakan taman air pertama dibina di Sarawak.

“Ia bakal menjadi tarikan utama masyarakat di negeri tersebut malah bakal menarik minat pelancong asing untuk berkunjung,” katanya. - K! ONLINE