Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, ketiga-tiga model tersebut mempunyai sistem brek anti-kunci, suspensi belakang baharu, panel meter paparan cecair kristal (LCD) dan klac Slipper sebagai ciri standard.

“Ia ditawarkan pada harga RM34,499 untuk CBR500R, model CB500F berharga RM33,999 dan CB500X, RM36,099,” katanya pada majlis pelancaran model tersebut di sini hari ini.

Model naik taraf itu boleh mula didapati di pengedar Boon Siew Honda seluruh negara menjelang hujung bulan ini. - K! ONLINE