Bank pusat dalam satu kenyataan berkata, tahap daya akomodatif monetari pada OPR paras semasa adalah selaras dengan pendirian dasar, untuk memastikan bahawa ekonomi domestik terus berada pada landasan pertumbuhan yang mantap di tengah-tengah inflasi yang lebih rendah.

"MPC akan terus mengawasi dan menilai risiko prospek pertumbuhan dan inflasi domestik," katanya.

Ia berkata, pasaran kewangan domestik berdaya tahan dengan peningkatan nilai ringgit pada tahun lalu dan mencerminkan asas ekonomi yang lebih baik.

"Kecairan dalam sistem perbankan kekal mencukupi dengan institusi kewangan terus beroperasi dengan penampan modal dan kecairan yang kukuh," katanya.

Menurut BNM, pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta telah dikekalkan dan menyokong aktiviti ekonomi. - Bernama