Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shabudin berkata, pada masa ini sebanyak empat usahawan menerusi empat jenama telah menerima lesen sebagai francaisor di bawah program ber­kenaan iaitu MD Putu Bambu World, Otak-Otak JB, L Pizz Pizza dan D’Apple.

“Sehingga akhir tahun 2017, sebanyak lima syarikat telah menghantar dokumentasi bagi membuat permohonan sebagai francaisor dan kami sedang meneliti permohonan tersebut untuk menentukan kelayakan mereka.

“Apa yang paling penting di sini adalah tidak mengejar kuantiti, sebaliknya mencari usahawan yang benar-benar berkualiti bagi memastikan jenama francais yang dibina dapat bertahan dan terus berkembang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penye­rahan kunci kendera saji dan cawangan MD Putu Bambu World di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ke­tua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali.

BIT merupakan sebuah program transformasi perniagaan prafrancais yang memboleh­kan usahawan kecil menjadi lebih berdaya saing dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar mampu menjana lebih keuntungan serta mengembangkan perniagaan secara lebih berkesan.

Sementara itu, ketika dita­nya mengenai prospek industri francais bagi tahun ini, Syed Kamarulzaman berkata, meskipun 2017 merupakan tahun yang mencabar, namun pihaknya menjangkakan tiada sebarang masalah bagi suku pertama tahun ini.