Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Shahrir Tengku Adnan berkata, syarikat yang terkenal dengan produk suplimen berasaskan ekstrak tongkat ali berjenama Nu-Prep, melihat potensi terhadap platform internet untuk meningkatkan penguasaan pasarannya di seluruh negara.

Nu-Prep, produk suplimen khusus untuk lelaki yang dijual secara offline di pelbagai farmasi di seluruh negara mula mema­suki platform online sejak tahun lepas.

“Buat masa ini, produk Nu-Prep yang telah berada di pasaran sejak tahun 2013 telah menguasai kira-kira 50 peratus dalam pasaran tempatan dan angka tersebut bakal bertambah pada masa depan seiring pengli­batan syarikat yang menjurus kepada pasaran online,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Turut hadir Eksekutif Kanan Pemasaran Biotropics, Noorsyarida Mohd. Sapiai.

Biotropics turut mengeksport ekstrak bahan mentah tongkat ali ke luar negara dan pasaran terbesarnya ialah di Amerika Syarikat.

Tengku Shahrir menjelaskan, sasaran penambahan jualan itu turut dipacu oleh beberapa program yang dijalankan untuk meningkatkan jenama Nu-Prep dalam kalangan pelanggannya sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, antara program yang dirancang ialah Kempen Sekuat Harimau yang mana ia bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap suplimen berasaskan tongkat ali yang hanya menjurus untuk membantu meningkatkan kesihatan dalaman lelaki.

“Tongkat ali turut membekalkan tenaga dan kaum wanita juga boleh mengambil ekstrak herba itu dalam dos yang kecil dan disebabkan itu, syarikat turut memperkenalkan suplimen khusus untuk kumpulan ber­kenaan. Sehingga kini. sambutannya sungguh menggalakkan,” ujarnya.

Mengulas mengenai Kempen Sekuat Harimau, Noorsyarida menjelaskan, Cabaran Plank memberi peluang kepada pe­langgan yang berminat untuk melakukan plank selama lebih daripada tiga minit yang dirakam dan dihantar melalui facebooklive.

“Mereka yang berjaya melakukan Cabaran Plank lebih daripada tiga minit akan menerima hadiah wang tunai RM50.

“Cabaran tersebut telah bermula dan ia akan berlangsung selama empat minggu,” ujarnya.

Tambah beliau, aktiviti lain ialah Nu-Prep 100k dan juga Kempen Lapan Jam Kegembiraan.