Khairul
KHAIRUL

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, PBZT mencatat peningkatan sebanyak 11.1 peratus atau RM 27.4 juta berbanding RM246.2 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama pada tahun 2017.

Menurut beliau, Kumpulan Bank Islam (Bank Islam) pula melaporkan PBZT sebanyak RM207.2 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2018 naik sebanyak 7.9 peratus atau RM15.1 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Pertumbuhan keuntungan Bank Islam sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan kadar asas dan kadar pembiayaan asas sebanyak 25 mata asas berkuatkuasa Februari 2018, berikutan kenaikan 25 mata asas kadar dasar semalaman pada 25 Januari 2018.

“Peningkatan ini juga disebabkan oleh pertumbuhan tahun ke tahun dalam pembiayaan aset bersih sebanyak RM2.6 bilion atau 6.6 peratus untuk mencecah RM42.4 bilion pada 31 Mac lalu,” katanya dalam ke­nyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Khairul menjelaskan, kualiti aset bank terus kukuh dan diterjemahkan dalam nisbah pembiayaan kasar yang rendah sebanyak 0.99 peratus pada 31 Mac 2018, lebih rendah daripada 1.57 peratus yang didaftarkan oleh sistem perbankan pada akhir Februari 2018.

Tambah Khairul, Kumpulan Takaful Malaysia pula merekodkan PBZT sebanyak RM84.9 juta, meningkat 17.1 peratus berbanding RM72.6 juta dalam tempoh sama tahun 2017.

“Peningkatan keuntungan ini disebabkan oleh peningkatan pendapatan bersih wakalah le­bih tinggi daripada pertumbuhan perniagaan yang kukuh dalam perniagaan takaful am.

“Pendapatan operasi Takaful Malaysia meningkat sebanyak 13.1 peratus kepada RM746.2 juta berbanding RM659.9 juta dalam tempoh yang sama tahun 2017.

Ia disumbangkan oleh sebahagian besarnya daripada jualan perniagaan takaful keluarga dan taka­ful am yang lebih tinggi,” jelasnya.