Menurut kenyataan yang diedarkan bersempena promosi bufet Ramadan di hotel tersebut baru-baru ini, sebanyak 150 hidangan lazat ditawarkan kepada pelanggan.

Bertempat di Melting Pot Cafe bermula semalam sehingga 14 Jun depan, konsep Semarak Rasa ini menggabungkan hidangan daripada pembuka selera, hidangan panas, sup panas, makanan kukus, makanan goreng, menu Jepun seperti teppanyaki makanan laut serta pemanis mulut.

“Pastinya hidangan enak untuk ber­buka puasa ini akan memberi peluang kepada ahli keluarga berkumpul bersama, rakan sekerja dan niaga atau pelanggan korporat atau agensi kerajaan dapat menjamu selera dalam suasana yang santai serta selesa,” katanya.

Hidangan bufet Ramadan di Concorde Hotel KL sentiasa menjadi tumpuan peminat sup khususnya menu gear box serta sup tulang rawan, sup ekor dan juga sup perut.

“Sup labu dan bubur lambuk juga pasti­nya bakal menambat selera pelanggan kami,” jelasnya.

Tambah kenyataan tersebut, hidangan makanan kampung pula terdiri dari­pada ikan keli belado, udang sambal tempoyak, siput sedut lemak cili api, siput sedut daun selasih dan gulai urat lembu berserai.

Turut dihidangkan ialah asam pedas ekor lembu bunga kantan, ayam masak ros, kurma telur, ikan patin masak tempoyak, pucuk manis dengan keledek, nangka lemak ikan bilis dan juga daging dendeng daging berlado.

Harga promosi berbuka puasa ditawarkan pada harga RM148 seorang.

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan, boleh menghubungi di talian 03-2717 2233.