Selain komuniti berdekatan di daerah ini, peluang bersantai bersama keluarga turut dibuka kepada pelanggan dari Lembah Klang.

Ini kerana aksesnya sangat  mudah dari Lebuh raya Lekas dari Kuala Lumpur akan membolehkan mereka berkunjung ke Dewan Arena CMC milik syarikat Cahayamata Catering di Batu 2 1/4, Jalan Sikamat di sini.

Menurut Pengarah Urusan syarikat, Zahriman Harun, bufet berbuka puasa dengan pakej serendah RM33 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak­kanak dan warga emas itu menawarkan hampir 60 jenis menu lazat yang lengkap dari pembuka selera hingga ke pemanis mulut.

Jelasnya, hidangan berkonsepkan Lambaian Desa Selera Asli Kampung itu mengetengahkan makanan signaturnya yang terdiri daripada menu masak lemak daging salai omak den, sambal daun kayu Cik Ros, ayam goreng pandan, daging, keli balado ibu dan daging rendang.

“Hidangan utama kami di sini ialah Kambing Tenpayaki yang mana daging kambing akan diperap dengan pelbagai herba selama seminggu, kemudian ia dimasak cara tenpanyaki serta dihidang dengan sos lada hitam istimewa.

“Nasi beriani juga menjadi pilihan pengunjung di sini kerana ia memiliki keunikannya tersendiri kerana dimasak menggunakan dapur kayu bagi mengekalkan rasa sedap dan aromannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan bufet Ramadan Dewan Arena CMC di sini baru-baru ini.

Zahriman menjelaskan, menu berbuka puasa di dewan tersebut ditawarkan melalui 12 kios yang dinamakan dengan pelbagai nama kampung popular di Negeri Sembilan.

Setiap kios tersebut menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman seperti kuih­muih, cucur bersama sosnya, ubi kayu, mi, wafel dan juga makanan utama. Mengulas lanjut, beliau berkata, ini merupakan pertama kali syarikat mengadakan bufet Ramadan di dewan yang boleh menempatkan seramai 650 pengunjung dalam satusatu masa.

Kemudahan yang lengkap dengan surau dan parkir kereta yang luas sangat bersesuaian untuk pilihan keluarga, agensi kerajaan dan korporat meraikan rakan, pelanggan serta ahli keluarga di situ dengan harga tawaran yang sangat berpatutan.

“Bufet berbuka puasa mula dibuka kepada pelanggan pada 18 Mei sehingga 18 Jun ini,” jelasnya. 

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan, boleh menghubungi talian 013-389 4477, 016-447 7984.