Lebih menarik, bengkung yang merupakan pakaian tradisional wa­risan turun-temurun itu juga membantu golongan wanita mengekalkan kecantikan tubuh badan.

Pengasas syarikat, Nurulaini Ismail atau lebih dikenali sebagai Beby Maembung berkata, bengkung yang diperbuat daripada fabrik kapas itu lembut dan mampu menyerap peluh. Ia juga tidak meninggalkan alahan pada kulit serta memberi pema­kaian yang kemas pada bahagian perut sekali gus menjadi antara faktor jualan produknya semakin bertambah.

“Bengkung moden ini mudah dipakai dan tidak mudah patah kerana memiliki 16 tetulang yang dapat menyokong tulang belakang.

“Sehubungan itu, bengkung tersebut boleh dipakai oleh lelaki atau pe­rempuan untuk mereka yang memiliki ukur lilit pinggang bersaiz antara 20 inci hingga lebih daripada 60 inci,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi senaman sambil memakai bengkung bersama pengedar syarikat di Fitspace66, Plaza Jelutong, Bukit Jelutong di sini baru-baru ini.

Nurulaini menjelaskan, produk tersebut mampu memberi perubahan pada tubuh pelanggan dalam tempoh 30 hari selain perlu mengamalkan hidup sihat untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Tambah beliau, bengkung Slimdollz dijual pada harga RM110 se­unit. Sehingga kini jualannya telah mencecah lebih daripada 20,000 unit sebulan.

“Kami mengunjurkan jualan akan bertambah kepada 50,000 unit pada tahun ini,” ujarnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi talian 019-674 4479.