Ini merupakan projek hartanah pertama dibangunkan di Port Dickson selepas berjaya dengan projek perumahan di Nilai, Pajam dan Senawang.

Ketua Pegawai Operasinya, Thomas Ten berkata, kediaman terbaharu yang melibatkan kawasan seluas 40.5 hektar itu membangunkan sebanyak 1,047 unit rumah teres satu tingkat yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang cekap.

“Harga rumah di Bayu Indera Lukut ditawarkan bermula pada harga RM270,000 seunit dan kediamannya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan utama.

“Lebih menarik, projek tersebut juga dilengkapi dua tasik rekreasi serta kemudahan awam yang lain seperti lorong joging untuk penduduk kekal aktif dan bermasyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran projek Bayu Indera Lukut di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Zamri Mat Kasim.

Mengulas lanjut, Thomas menjelaskan, projek yang di­bangunkan dalam tiga fasa itu mudah di akses dari Kuala Lumpur serta berhampiran dengan bandar-bandar utama seperti Seremban, Cyberjaya dan Putrajaya serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tambah beliau, Bayu Indera Lukut dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019 dan bakal didiami lebih 5,000 penduduk. - K! ONLINE