Baskin_Robbins X TAS

Bungkus of Happiness ditawarkan dalam pilihan aiskrim 10 ju­ni­or scoop pada RM115, lapan regular scoop (RM125) atau empat pints pada RM145 yang dibungkus dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad.

Baskin-Robbins menerusi ke­nyataan akhbar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini berkata, antara pilihan selendang yang direka oleh TAS untuk promosi tersebut ialah selendang ketupat, selendang aiskrim dan selendang wafel.

“Selendang edisi terhad ini menggabungkan tradisi Melayu dan budaya Baskin-Robbins.

“Semua selendang diperbuat daripada kain campuran sutera berkualiti tinggi dan ini amat sesuai dijadikan hadiah serta boleh digunakan dengan pelbagai cara termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik,” katanya.

Promosi berkenaan ber­akhir 31 Julai depan. Bungkus of Happiness boleh didapati di semua cawangan Baskin-Robbins di negara ini atau menerusi platform beli-belah online Lazada.