Kenderaan pengangkut sepanjang enam meter itu memiliki ruang dalaman yang luas dengan ketinggian 1.8 meter serta lebar 1.9 meter.

Ia mampu memuatkan sehingga 20 orang penumpang dengan selesa.

Didatangkan dengan enjin berkapasiti 2.8 liter, CAM Co-Star berkuasa sehingga 105 kuasa kuda pada 3,400 rpm.

Pengarah Urusan CAM Malaysia, CH Gwee berkata, CAM Co-Star disasarkan kepada pe­langgan industri tetapi juga untuk pengguna biasa.

“Kami turut menyediakan perkhidmatan ubah suai untuk mentransformasikan kenderaan ini kepada pejabat berge­rak, karavan atau bagi kegunaan khusus seperti bas sekolah, mengikut keperluan dan imaginasi pelanggan.

“Proses ubah suai kebiasaannya mengambil masa sehingga tiga bulan,” katanya.

Menurut Gwee, pihaknya menyasarkan untuk menjual 150 unit model tersebut susulan pelancarannya pada tahun hadapan.

Ditawarkan pada harga RM172,400 seunit, CAM Co-Star kini dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa dekat sini sehingga 2 Disember depan.