Pada majlis tersebut, sebanyak lima unit kereta Perodua MyVi 1.3L Automatik dan 85 baucar petrol bernilai RM500 setiap satu disampaikan kepada pelanggan yang bertuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, kempen yang bermula dari 1 April hingga 31 Julai itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan kumpulan tenaga kerja tersebut.

Selain itu, ia juga bertujuan membantu menyediakan akses kepada produk dan perkhidmatan perbankan patuh syariah kepada kumpulan berkenaan.