Pengurus Besar Baheej, Musthofa Mubarak Kamaruzaman berkata, pakej peribadi tersebut ditawarkan kepada pe­langgan yang memerlukan privasi tersendiri bergantung kepada permintaan mereka.

“Ini bermakna pelanggan yang menempah pakej umrah peribadi ini tidak akan bercampur kumpulaan jemaah umrah lain dan mereka akan dibimbing sepenuhnya oleh mutawif bertauliah dan berpengalaman.

“Selain itu, kami menawarkan kemudahan hotel bertaraf lima bintang dengan jarak 50 meter dari Masjidilharam dan pengangkutan kenderaan mewah ketika berada di Mekah dan Madinah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Musthofa Mubarak menjelaskan, pelanggan juga boleh memilih tarikh sendiri untuk melaksanakan ibadah umrah tersebut selain menaiki penerbangan kelas bisnes terus ke sana.

“Pakej ini juga direka khas bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mempunyai kekangan masa dan ingin fokus kepada ibadah umrah di Mekah dan Madinah.

“Bagaimanapun, jemaah turut berpeluang melawat kota Thaif dan bandar Jeddah bergantung kepada permintaan mereka,” katanya.

Menurut beliau, cenderahati eksklusif seperti kain ihram atau telekung wanita, buku panduan umrah, empat jenis beg eksklusif Baheej Travel dan air zam-zam turut diberikan kepada pelanggan.

“Selain pakej umrah peribadi, Baheej Travel juga menawarkan pakej umrah serendah RM5,550 dan pakej pelancongan ke negara-negara Eropah, Asia dan Asia Tenggara,” katanya.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.baheejtravel.com atau hubungi +6011-5851 9018.