Pengasasnya, Mohammad Atifauf Mohmad Hata berkata, kempen itu bakal memberi peluang kepada rakyat negara ini memiliki barangan yang diingini pada harga rendah dengan jaminan produk berkualiti.

“Tawaran ini hanya akan datang setahun sekali dan Asia Street Market menawarkan lebih daripada 40,000 produk terdiri daripada pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pengguna berpeluang membeli produk terdiri daripada keperluan diri, keluarga, peralatan komputer, aksesori wanita, pakaian dan pelbagai lagi tanpa perlu berkunjung ke pasar raya dan menjimatkan masa.

“Asia Street Market menawarkan  produk berkualiti tinggi setaraf dengan syarikat Gergasi e-dagang lain dengan penghantaran percuma mengikut terma dan syarat pembelian," tambahnya

Ujar Muhamad Atifauf, orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang merebut tawaran diskaun hebat ini boleh melayari laman web Asia Street Market di www.asiastreetmarket.com  - K! ONLINE