Pengasasnya, Nurul Syamimi Mohd. Asri berkata, pihaknya te­lah menyediakan baju kurung batik istimewa dalam kuantiti yang agak terhad demi menjadikannya eksklusif kepada si pemakai.

Menurut beliau, selain batik, pihaknya juga ada menawarkan pelbagai jenis pakaian wanita termasuk baju kurung moden dan bia­sa yang dijual pada harga antara RM130 hingga RM145 sepasang.

“Syarikat yang ditubuhkan pada penghujung tahun 2016 ini berusaha untuk menawan hati pelanggan dengan rekaan terbaharu hasil daripada tukang jahit berpengalaman dan mengikuti kursus terkini yang dianjurkan oleh pihak industri.

“Sempena Ramadan dan Sya­wal, kami telah menambah variasi produk untuk koleksi Premium Batik Eksklusif khas untuk peminat batik yang menjadi trend terkini. Pakaian itu akan dilancarkan pada 29 Mei ini di semua platform media sosial seperti Instagram dan Facebook,” katanya di sini baru-baru ini.

Nurul Syamimi menjelaskan, semua baju batik baharu kelua­ran Ardor.My menggunakan kain cotton dan terdapat dalam saiz standard iaitu S, M, L dan XL selain mengekalkan ciri-ciri lain seperti lima pilihan rekaan, skirt duyung pecah enam, dart di belakang baju, kain getah dan zip.

Tambah beliau, mereka yang berminat boleh membuat pembe­lian secara online di Facebook dan Instagram Ardor.My atau Whats­App di talian 013-678 7184.