Aplikasi yang menjalani kajian dan pembangunan lebih daripada empat bulan sebelum dilancar di pasaran merupakan perkhidmatan yang lengkap untuk membimbing jemaah menjalani ibadah umrah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd. Halim Ikhsan berkata, jumlah sasaran itu mampu dicapai kerana aplikasi tersebut bersesuaian memenuhi keperluan jemaah.

Ini kerana ia merupakan satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan serta efektif.

“Ini disokong oleh cadangan syarikat untuk membawa kumpulan jemaah pertama menunaikan umrah pada akhir tahun ini dengan melibatkan lebih daripada 700 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim ke­dua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat di sini baru-baru ini.

Abd. Halim menjelaskan, antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh nemuat naik status menerusi ikon Community.

Jelas beliau, gambar juga boleh dimuat turun melalui Ka­lam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan jemaah umrah.

“Aplikasi Manhajj juga mempunyai butang kecemasan sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah apabila kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci,” katanya.