Ketua Inovasi dan Usaha Sama Digital, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd., Michael Fong berkata, di bawah kerjasama itu, Allianz menawarkan tiga produk komprehensif iaitu Personal Accident Insurance, Roadside Assistance Program dan Smart Home Cover.

“Ini merupakan langkah proaktif buat kami bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai pentingnya perlindungan insurans, malah ia juga adalah untuk menjadikan produk perlindungan itu lebih mudah diperoleh dan ditawarkan pada harga berpatutan.

“Dengan meneroka pendekatan baharu dalam menawarkan pelan insurans, kami berharap lebih ramai rakyat mengambil langkah penting ke arah melindungi diri dan keluarga mereka,” katanya dalam satu kenya­taan akhbar di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan & Usaha Sama 11street, Henry Ho berkata, 11street merupakan sebuah platform holistik yang sentiasa menambah nilai dan memperkayakan kehidupan para pelanggannya.

“Golongan berusia 25 hingga 35 tahun merupakan kumpulan pelanggan terbesar 11street, kami bekerjasama rapat untuk menyediakan produk secara khusus memenuhi keperluan pelanggan dewasa,” ujarnya.