Tambang tempat duduk promosi ini dibuka kepada semua termasuk untuk ahli AirAsia BIG dengan harga bermula daripada RM15 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuk Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit - Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin, Phuket  dan banyak lagi.

Manakala ahli AirAsia BIG pula boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi ini bermula 2  hingga 9 September 2018. Tempahan perjalanan boleh dibuat menerusi laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 18 Februari 2019 dan 26 November 2019.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata pihaknya menawarkan 5 juta tempat duduk promosi sekali lagi untuk membolehkan semua orang terbang ke lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.

"Ahli AirAsia BIG pula akan menikmati lebih banyak faedah, termasuklah diskaun segera, apabila mereka menempah penerbangan di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia. Untuk mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG secara percuma, layari airasia.com dan klik ‘Daftar’.

"Mulakan percutian dengan menempah tempat duduk bersama keluarga dan rakan dengan pilihan ‘Pick A Seat’. Semua tempahan pilihan tempat duduk yang dibuat dalam tempoh kempen ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus," katanya.

Tambahnya, para ahli yang terbang dengan AirAsia X pula boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk ahli daripada serendah RM159 dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Amritsar, Sydney, Melbourne dan Hawaii.

"Ahli juga boleh terbang dengan lebih selesa dengan menempah tempat duduk Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Busan, Jaipur dan Sapporo bermula daripada RM399," ujarnya lagi.

Pelanggan yang bukan ahli boleh menempah tempat duduk promosi bermula daripada RM20 dari 3 hingga 9 September 2018.

Selain itu, pengguna BigPay juga boleh menikmati caj pemprosesan dengan kadar sifar, diskaun untuk pra-tempahan bagi hidangan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.

Rakan aktiviti perjalanan AirAsia, Vidi turut menawarkan promosi eksklusif berupa diskaun sebanyak 15 peratus dengan kod promosi FREESEATS15 untuk semua aktiviti yang ditempah di vidi.co.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).