Inisiatif tersebut secara tidak langsung dapat mengembangkan hab Kota Kinabalu sebagai salah satu destinasi pelancongan yang harus dikunjungi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, penerbangan sulung AirAsia Thailand dari Bangkok ke Kota Kinabalu membuktikan bahawa syarikat sentiasa komited dalam memperkukuhkan industri pelancongan Malaysia khususnya di negeri Sabah.

“Kami amat mengalu-alukan penerbangan (Bangkok-Kota Kinabalu) pada hari ini. Selepas bertapak di Kota Kinabalu sejak tahun 2002, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 39 juta penumpang dari luar negara dan bandar raya ini.

“Kini, kami juga menghubungkan Kota Kinabalu ke 18 destinasi di rantau ini dengan 332 penerbangan secara ming­guan,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Meraikan Penerbangan Sulung AirAsia dari Bangkok ke Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.

Riad menjelaskan, penerbangan Air­Asia antara Bangkok dan Kota Kinabalu dijadualkan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Harga tambang yang ditawarkan pula bermula pada RM99 sehala.