Sehingga kini, syarikat penerba­ngan tambang rendah itu turut me­ngendalikan enam laluan ke dan dari ibu negeri wilayah utara Thailand terma­suk perkhidmatan sedia ada dari Bangkok Don Mueang dan Hat Yai.

Pengarah Operasi Darat Air­Asia Thailand, Witchunee Kuntapeng berkata, syarikat akan menempatkan pesawat Airbus A320ceo di Lapangan Terbang Antarabangsa Mae Fah Luang, Chiang Rai selain akan turut me­ngendalikan perkhidmatan baharu ke Phuket, Singapura dan Macau.

“Chiang Rai mempunyai potensi besar untuk menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Thailand de­ngan budaya Lanna yang unik dan cara hidup suku kaumnya yang telah mendapat perhatian global baru-baru ini.

“Kami yakin ini merupakan masa yang tepat mempromosikan Chiang Rai kepada para pelancong, malah syarikat turut menerima respon memberangsangkan terhadap empat laluan baharu antara Chiang Rai dan Phuket, Macau, Singapura dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Kuntapeng menjelaskan, penerbangan dari Kuala Lumpur menyaksikan faktor muatan seba­nyak 85 peratus, membuktikan usaha syarikat penerbangan tersebut untuk mempromosikan Chiang Rai sebagai destinasi pelancongan utama oleh pelancong antarabangsa.

“Pembukaan laluan baharu itu turut dijangka membantu membangunkan komuniti pelancongan serta perniagaan tempatan,” ujarnya.