]Ketua Komersial Serantau AirAsia, Amanda Woo berkata, bersempena pelancaran baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk ahlinya daripada se­rendah RM79 (tambang untuk ahli AirAsia BIG sahaja) dari Kuala Lumpur, yang boleh ditempah menerusi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai hari ini hingga 25 Ogos 2019, bagi perjalanan antara 2 Oktober 2019 dan 28 Mac, 2020.

“Ahli BIG akan menikmati yuran pemprosesan sifar apabila membuat pembayaran menggunakan BigPay,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Amanda menjelaskan, laluan baharu itu merupakan bukti komitmen syarikat penerbangan itu untuk menyokong kerajaan Indonesia dalam usahanya memba­ngunkan 10 destinasi pelancongan utama baharunya.

“Banyak yang ditawarkan oleh Indonesia selain Bali dan Lombok.

“Belitung merupakan tempat yang indah dan menakjubkan dengan potensi pelancongan yang belum diteroka, dan kami berharap menerusi perkhidmatan terus baharu ini, lebih ramai orang akan dapat mengetahui permata tersembunyi ini,” katanya.

Selain laluan baharu ini, AirAsia juga mengendalikan penerbangan harian ke Belitung dari Jakarta mulai 1 Oktober 2019. – Bernama