Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, promosi melibatkan paparan produk dan destinasi pelancongan negeri pada badan pesawat, ruang simpanan bagasi, tempat letak makananan serta artikel di dalam majalah Travel3sixty yang melibatkan kos RM2 juta.

Beliau berkata, kesemuanya termasuk pesawat AK6226 dengan paparan Let's Fly To Terengganu itu merupakan sebahagian daripada kempen mempromosikan Tahun Melawat Terengganu dengan slogannya, Beautiful Terengganu.

“Kerjasama dengan AirAsia bertujuan untuk menonjolkan lagi keunikan dan keindahan tarikan pelancongan negeri ini bagi menarik kehadiran lebih pelancong terutama dalam kalangan warga asing ke Terengganu.

“Antara kumpulan sasar ialah pelancong China yang difahamkan gemar melancong,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyambut Ketibaan Penerba­ngan AirAsia berpaparan Let’s Fly To Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini baru-baru ini.

Selain itu, Abdul Aziz menjelaskan, AirAsia telah membawa lebih 19,000 pelancong asing menerusi laluan Johor Bahru ke Kuala Terengganu sejak dilancarkan pada Jun tahun lalu.

“Kita mampu mencapai lebih daripada sasaran tersebut kerana pesawat berpaparan produk ne­geri Terengganu itu turut terbang melalui negara-negara Asia,” katanya.