Pengerusinya, Datuk Che Azizuddin Che Ismail berkata, pusat 4S baharu di bawah satu bumbung itu akan memenuhi keperluan bagi semua jenama kereta termasuk kereta super dan premium. 

Pusat 4S ini mempunyai empat hentian iaitu daftar pelanggan, ruang dialog, kawasan istirehat pelanggan dan kawasan penerimaan bagi 24 unit ruang servis. 

“Perkhidmatan dilaksanakan oleh pasukan juruteknik terlatih dan pelanggan akan mene­rima kenderaan mereka dalam tempoh 40 minit bagi servis biasa. 

“Pelanggan akan menerima servis percuma jika tidak menerima kereta mereka dalam tempoh tersebut,” katanya pada majlis pelancaran pusat 4S itu di sini hari ini.