Haute Elan merupakan syarikat fesyen sopan dan e-Dagang yang bertapak di UK.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aidijuma, Norjuma Habib Mohamed berkata, fe­syen sopan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita Islam seluruh dunia.

“Peruncit pasaran umum serta para pereka fesyen sudahpun melihat potensi pasaran ini.

“Justeru, kami mengalu-alukan kerjasama perniagaan strategik di seluruh dunia dalam mengembangkan model perniagaan terbabit, khususnya untuk fesyen bercirikan kesederhanaan, di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.

Pelaburan terkini dalam Haute Elan menjadikan jumlah modal penerokaan pelaburan syarikat ber­kenaan mencecah AS$20 juta (RM77.8 juta).

Ia termasuk pegangan-pegangan dalam syarikat pengurusan acara dan pengusaha di Brunei, Bifash; peruncit elektronik dari Singapura, MODESTyle; jenama kosmetik dan produk kecantikan Simplysiti dan Zawara dari Malaysia serta Hijup.com dari Indonesia.

Ditubuhkan pada tahun 2012, jenama busana muslimah Aidijuma menerapkan penggabungan model perniagaan kreatif secara dalam dan luar talian bagi menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Dengan strategi berasaskan pelbagai saluran itu, Aidjuma memiliki 12 kedai konsep di seluruh negara dan 12 kedai konsep mudah alih, Scarf Machine.send.sell.story, bagi memberikan kemudahan serta pengalaman beli-belah yang mengujakan kepada pelanggan.