Penanggung tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Masaat Awadz berkata, sehubungan itu, institusi kewangan tersebut menyeru peningkatan penglibatan usahawan wanita dalam bidang pertanian.

“Di Agrobank, kami bukan sahaja menyediakan pelbagai produk pembiayaan bersesuaian, malahan turut memberikan tunjuk ajar melalui anjuran pelbagai program bagi memastikan usahawan tani ini terus berjaya dalam bidang yang diusahakan.

“Kami percaya bahawa suara wanita kini didengari di seluruh dunia dan ini adalah masanya untuk menyokong usaha memperkasakan wanita.

“Ia boleh dilakukan melalui pelbagai inisiatif yang meraikan kejayaan, peluang serta potensi mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Pada tahun lalu, Agrobank me­lancarkan Agro Teras iaitu sebuah program pembiayaan mikro bagi membantu usahawan daripada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah yang terlibat dalam perniagaan pertanian dan industri asas tani.

Program itu menyediakan dana secara berperingkat de­ngan menggunakan model pembentukan kumpulan dengan pembiayaan minimum RM1,000 yang dinaikkan secara semasa ke semasa sehingga RM30,000, bergantung kepada kemampuan dan rekod peserta. - K! ONLINE