Pengarah Urusan, Dr. Siti Fatimah Zaharah Zulkapli berkata, pembukaan pejabat baharunya itu bertujuan untuk melancarkan lagi operasinya di sana ekoran permintaan permintaan pelanggan untuk me­lancong ke negara berkenaan semakin meningkat.

“Kami menawarkan pakej harga menarik ke Pakistan iaitu RM4,990 seorang (tanpa kos tiket kapal terbang) bermula sekarang hingga 31 Disember ini, tetapi harga untuk semua kos ialah RM6,990 seorang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Siti Fatimah menjelaskan, Pakistan memiliki keunikan dan keistimewaan bagi pelancong untuk mengembara di beberapa tarikan menarik di sana selain mencabar diri untuk melalui di beberapa jalan berbahaya.

Beliau menerangkan, pakej yang ditawarkan meliputi jadual pengembaraan menyaksikan pemandangan tercantik di Gunung Nanga Parbat, menunggang kuda ke puncak Fairy Meadows dan melawat Tasik Attabad.

Pelancong juga berpeluang untuk melalui tiga lokasi mencabar iaitu jalan kedua paling bahaya di dunia, The Death Road to Fairy Meadows; jalan berturap tertinggi di dunia, Lebuh raya Karakoram dan juga dataran tertinggi di dunia, Dataran Deosai.

Selain itu, bagi pelancong yang suka meneroka di kawasan kampung, syarikat akan membawa mereka melawat bandar purbaHunza, sebuah kawasan yang terletak di kaki gunung serta terkenal dengan tanaman buah-buahan seperti aprikot, walnuts serta keunikan budayanya.

Tambah Siti Fatimah, pelancong yang mengikuti pakej yang ditawarkan syarikat juga akan berpeluang melalui Hussaini Suspension Bridge iaitu sebuah jambatan gantung paling mengerikan di dunia.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan ke Pakistan, boleh menghubungi di talian 018-210 4438 atau 018-942 4438.