Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho berkata, prestasi hebat Shopee pada 9 September lalu diserlahkan dengan rekod 187,606 barangan terjual dalam tempoh seminit pada waktu puncak, dengan lebih daripada 113 juta tawaran disediakan.

Katanya, Shopee sangat berbangga melihat acara membeli-belah utamanya iaitu 9.9 Super Shopping Day menjadi tarikh penting dalam kalendar membeli-belah secara online di rantau ini.

“Di Malaysia, para pengguna menikmati koleksi promosi terbesar yang tiada tandingan dan hiburan tanpa henti pada 9 September lalu termasuk penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9.

“Jenama-jenama ber­prestasi tinggi menyaksikan purata peningkatan 6,780 kali dari segi trafik dan 400 kali peningkatan dalam jualan berbanding hari biasa manakala pengguna pula dapat merebut tawaran terbaik bagi jenama dan produk kegemaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kerjasama antara Shopee dengan duta jenamanya, iaitu pemain bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo juga menyaksikan permulaan yang berjaya dengan pengeluaran iklan televisyen mendapat sambutan hebat dengan 35 juta tontonan secara online setakat ini.

Bagaimanapun menurut Ho, kejayaan 9.9 Super Shopping Day hanyalah satu permulaan bagi keseluruhan siri jualan e-dagang untuk akhir tahun ini.

“Shopee telah bersiap-sedia untuk memberikan lebih ba­nyak nilai kepada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi pada bulan-bulan yang akan datang sementara kami memperkenalkan ciri-ciri yang lebih unggul dan tawaran yang tidak patut dilepaskan,” ujarnya.