Oleh kerana Pelan MaxisONE menawarkan sehingga empat talian kongsi bagi setiap akaun, ini bermakna pengguna boleh membeli sehingga lima telefon pintar di bawah satu akaun, kata Maxis dalam satu kenyataan semalam.

“Setakat ini, tidak ada pelan di Malaysia yang menawarkan kepada pelanggan talian kongsi pilihan untuk memiliki telefon bagi setiap talian. Sebelum ini, hanya pelanggan talian utama yang boleh membeli peranti di bawah satu-satu pelan.

“Selain itu, Maxis baru-baru ini turut meningkatkan talian kongsinya dengan memberikan pelanggan lebih banyak data, iaitu sejumlah 20 gigabait bagi setiap talian manakala talian kongsi dengan pelan MaxisONE Home Fibre terus mendapat data tanpa had,” kata syarikat itu.

Ketua Bahagian Pemasaran Produk, Arjun Varma berkata, Maxis­ sentiasa menjadi peneraju pasaran dan komited ke arah menyediakan kesalinghubungan dan akses bagi semua keluarga di ­Malaysia.

“Kami melihat pergantungan tinggi terhadap telefon pintar dalam kehidupan harian setiap keluarga. Kenaikan harga runcit serta batasan pelan-pelan keluarga­ untuk membeli lebih daripada satu peranti menyulitkan keadaan.

“Maxis mahu setiap ahli keluarga­ dapat saling berhubung antara satu sama lain, itulah sebabnya kami menyediakan setiap talian akses kepada peranti terbaharu menerusi Zerolution,” katanya. – Bernama