Epson melancarkan pencetak inkjet dengan tangki dakwat berkapasiti tinggi pada Oktober 2010 di Indonesia sebelum memperluas penawarannya kepada 150 buah negara pada 2018.

Menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini semalam, Epson berkata, pihaknya menyasarkan untuk menjual 10.2 juta unit pencetak jenis itu pada tahun kewangan 2019, pertumbuhan sebanyak 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah tersebut mewakili 64 pe­ratus daripada keseluruhan jualan pencetak inkjet Epson.

“Untuk 2019, kami akan terus meningkatkan pemindahan daripada penggunaan pencetak dakwat katrij kepada pen­cetak tangki dakwat berkapasiti tinggi de­ngan mengetengahkan kekuatannya dari segi kos bagi setiap cetakan selain kelebihannya dalam penjagaan alam sekitar.

“Syarikat juga akan mempercepat pertukaran pencetak laser dengan mengukuhkan rangkaian produk pencetak inkjet untuk kegunaan pejabat yang pantas dan tahan lama, memboleh­kan pengguna daripada setiap segmen membuat cetakan tanpa bimbang soal kos,” katanya.