Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasasnya, Adelaine Foo berkata, dengan pengambilan pertama pada bulan Februari dan April ini, program itu bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing, khusus untuk memenuhi keper­luan industri automotif Malaysia.

“Program ini menawarkan pelan perantisan dan pembiayaan pinjaman pendidikan untuk pelajar, yang mana mereka hanya perlu membuat pembayaran balik melalui potongan gaji bulanan ketika dalam tempoh perantisan atau penempatan pekerjaan tetap.

“Menerusinya, para pelajar akan dilatih dalam organisasi sebenar yang terdiri daripada rakan-rakan industri kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Bina Bakat TOC di sini semalam.

Sementara itu, Adelaine menjelaskan, sehingga kini, sebanyak 30 rakan industri telah memeterai perjanjian dengan Kolej Automotif TOC bagi menawarkan tempat kepada para pelajar di bawah program tersebut.

“Para pelajar ini bukan sahaja mendapat tempat untuk belajar secara praktikal dan teori di organisasi rakan industri tersebut, malahan berpeluang mendapat pekerjaan tetap di mana-mana syarikat setelah tamat pengajian,” ujarnya.

Program Bina Bakat TOC akan mengambil masa sama dua setengah tahun bagi program diploma dan 18 bulan bagi kursus sijil.

Permohonan pertama akan dibuka bagi pengambilan pertama pada 3 Februari ini.