Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman menggariskan lapan isu yang mencabar dan memerlukan sokongan pendapat serta tindakan segera terutamanya oleh kerajaan demi kepenti­ngan rakyat.

Isu tersebut berkaitan de­ngan harga getah dan kelapa sawit yang rendah; isu pesawah dan pengilang padi bumiputera; kesan daripada projek yang di buka semula tawaran tendernya atau dibatalkan serta isu bayaran daripada kerajaan kepada kontraktor yang tertunggak bagi projek sudah selesai.

Selain itu, terdapat isu ancaman Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik; pe­ranan syarikat berkaitan kerajaan sebagai pemangkin ekonomi bumiputera dan penglibatan kumpulan tersebut dalam Revolusi Industri 4.0.

“Harapan MTEM pada kerajaan adalah mereka melihat dasar-dasar baharu yang akan menambah nilai kepada agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.

“Seterusnya melihat pelaksanaan dasar yang memberi impak lebih baik berbanding sebelum ini,” kata Ahmad.

Mengulas mengenai fokus MTEM pada tahun ini, beliau menjelaskan pihaknya akan te­rus memberi maklum balas berhubung suara rakyat kepada kerajaan.

“Kami akan sentiasa memberi input dan mening­katkan kesedaran tentang isu-isu negara khususnya perkara yang memberi kesan kepada ekonomi bumiputera,” katanya.