Prestasi tersebut menjadikan honor 9 Lite sebagai model telefon pintar terlaris menerusi penjualan secara dalam talian daripada jenama berkenaan sejak penubuhannya lebih empat tahun yang lalu.

Ketua honor Malaysia, Zhao Zhiwei berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan sokongan yang telah diberikan pelanggan.

"Kejayaan ini membuktikan kami berada di landasan yang betul untuk memenuhi keperluan pengguna di negara ini," katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

honor 9 Lite dilengkapi empat kamera dengan lensa berkembar 13 megapiksel dan dua megapiksel pada bahagian depan dan belakang, cip pemprosesan Kirin 659, tiga gigabit RAM serta ruang penyimpanan 32 gigabit.

Bermula 20 Mac ini, orang ramai yang membeli honor 9 Lite menerusi vMall dan Shopee akan memperoleh baju T eksklusif bernilai RM159 untuk 400 pelanggan pertama manakala 150 pelanggan pertama turut membawa pulang set barangan kosmetik Maybelline bernilai RM58. - K! ONLINE