Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azizi A. Hadi berkata, pada tahun lalu TM One telah menyumbang sebanyak 35 peratus daripada RM12 bilion jumlah perolehan TM dan pihaknya yakin peratusan tersebut akan terus meningkat tahun ini.

Jelasnya, TM One sentiasa memfokuskan kepada usaha untuk menghasilkan portfolio rumusan pintar yang lebih luas bagi menghasilkan lebih nilai kepada para pelanggan yang terdiri daripada perusahaan dan sektor awam.

“TM One mempunyai 11,000 pelanggan dengan 4,000 daripadanya datang daripada sektor awam merangkumi kementerian, agensi, kerajaan negeri, syarikat berasaskan negeri, pihak berkuasa tempatan serta syarikat-syarikat besar seperti institusi per­bankan dan takaful.

“Dengan adanya satu penyelesaian yang sesuai kepada semua pelanggan, sudah pasti kami mampu meningkatkan perolehan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran 10T bersempena acara Pameran Industri Pintar oleh TM One di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi TM, Imri Mokhtar.

10T tersebut ialah Rumusan Smart Home, Smart Building Management, Smart Street Light, Smart Parking, Smart Traffic Light, Smart Water Ma­nagement, Smart Aquaculture, Smart Hydroponic, Smart Genset Sensor dan Smart Forklift.

Tambah Azizi, perkara yang membezakan TM One berbanding penyedia per­khidmatan pintar lain dalam pasaran ialah kemudahan infrstruktur yang lebih menyeluruh sekali gus membolehkan syarikat memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.