Kata Ziana yang disampaikan menerusi pembantu peribadi yang juga adiknya, Alin Zain, pelantun lagu Putus Terpaksa tersebut enggan memberikan sebarang komen berhubung kes itu.

“Ziana tidak mahu mengulas lanjut kerana kes itu sedang berjalan di mahkamah dan dia mohon diberikan ruang selain mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Laporan polis berhubung kejadian itu dibuat oleh Ziana sendiri pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan Jumaat lepas.

Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.