Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, bagi mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, setiap penjawat awam perlu menjadi pemimpin yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis bukan hanya menjadi seorang pengikut. 

"Segala pendekatan baharu ini tidak mungkin dapat dilaksana sekiranya kita semua masih dibuai mimpi lama. Pada masa terhad ini, penjawat awam perlu bertindak pantas dalam tugasan berlandaskan kepada prinsip bersih, cekap dan amanah," katanya.

Katanya, pemisahan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan kehakiman perlu diutamakan dalam memastikan integriti perkhidmatan awam tidak dipertikai.

Beliau berkata, ketika semua rakyat melangkah ke era Malaysia baharu, perkhidmatan awam juga harus tekad untuk maju sederap dalam memberi khidmat terbaik kepada nusa dan bangsa. - Bernama