Mufti Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, ketetapan kadar itu berdasarkan 2.7 kilogram beras untuk setiap rakyat di negeri ini.

Menurut Bungsu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyasarkan peningkatan kutipan zakat fitrah pada tahun ini.

"MUIS telah menetapkan kadar kutipan zakat fitrah Ramadan tahun ini kekal RM7.

"Jumlah itu ditetapkan bersamaan 2.7 kg beras untuk setiap rakyat di negeri ini," katanya pada Majlis Pengisytiharan Zakat Fitrah di Wisma MUIS di sini hari ini.

Dalam pada itu, MUIS turut menyasarkan peningkatan kutipan zakat fitrah kira-kira RM3 juta berbanding RM9, 356, 256 pada tahun lalu.

"Dijangkakan, pada tahun ini MUIS akan mengutip sejumlah RM9,600,000 zakat fitrah di seluruh negeri," jelasnya.

MUIS telah melantik 37 penyelaras amil dan 2,000 amil di seluruh Sabah sepanjang Ramadan tahun ini. - Bernama