Perkara itu diputuskan selepas panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum membenarkan permohonan Yusof, 64; anak lelakinya yang juga pe­ngarah serta pelakon, Syamsul dan syarikat penerbitan filem mereka, Skop Production Sdn. Bhd. untuk mendapat kebenaran merayu.

Peguam Mohamed Haniff­ Khatri Abdulla yang mewakili Yusof berkata, kuorum berkenaan yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan,­ Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Aziah Ali membenarkan ketiga-tiga pemohon mengemukakan dua persoalan undang-undang dalam rayuan yang akan didengar pada satu tarikh lain.

“Persoalan pertama ialah adakah percetakan itu de­ngan sendirinya memadai untuk membuktikan secara undang-undang perkaitan di antara kedua-dua perkara yang dituduh sebagai plagiarism.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.