Kenaikan itu dipersetujui pada 'Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am' yang berlangsung di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menjadi moderator pada sesi itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, semakan caj itu memang sudah tiba masanya berikutan kali terakhir dilaksanakan pada 2006. 

"Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125," katanya. 

Azman berkata, sesi 'town hall' atau dialog hari ini adalah sesi terakhir sebelum beliau menyerahkan kertas cadangan semakan caj itu kepada Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad. - Bernama