Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenaan untuk berangkat ke majlis tersebut bagi menyantuni anak-anak yatim memilih pakaian untuk sesi persekolahan akan datang.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd. Razali Abdullah berkata, sumbangan tersebut adalah kerjasama antara pihaknya bersama pihak Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) dan gedung tekstil terkenal Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel).

"Kita memperuntukkan dana berjumlah RM50,000 untuk program 'Back To School' hari ini. 

"Setiap seorang anak yatim diberikan sepasang pakaian seragam sekolah, kasut dan beg yang bernilai RM100 untuk digunakan mereka pada sesi persekolahan pada tahun depan,"katanya ketika ditemui pada program Back To School' di Star Vilion di sini hari ini.

Mohd. Razali menjelaskan, ini merupakan program bantuan persekolahan kali kedua dianjurkan oleh YIDE selepas program pertamanya berjaya dilaksanakan pada tahun lepas bersama Pemerbadanan Menteri Besar (MBI). - K!ONLINE