Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, inisiatif TAPS yang mendapat sokongan, Ahli Parlimen Sembrong yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien harus dijadikan model contoh.

“TAPS yang telah dilancarkan oleh Hishamuddin pada Oktober tahun lepas terbukti dapat meningkatkan prestasi pelajar serta mengalakkan penglibatan ibu bapa serta komuniti.

“Peningkatan ini terbukti menerusi program-program kebajikan termasuk program yang dijalankan ini iaitu Program Bicara Tokoh yang bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Bicara Tokoh: Transformasi Kepimpinan Islam Dalam Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sembrong dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YGMB, merangkap Pengetusi TAPS, Tan Seri Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Pada program tersebut, turut berlangsung ialah penyampaian sumbangan berupa perkakasan “coffee corner” yang terdiri daripada ketuhar gelombang mikro, pemanas air dan penapis air kepada 56 sekolah di Parlimen Sembrong yang disampaikan oleh wakil ahli parlimennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - K ONLINE!