Pemberian sumbangan kebajikan secara tunai menerusi akaun penerima akan diberikan kepada ahli yang berdaftar dengan YGMB sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, pihaknya mengalu-alukan permohonan daripada semua ahli yang terjejas dalam bencana banjir di negeri-negeri terlibat untuk menerima sumbangan kebajikan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 62 permohonan faedah bencana terdiri dalam kalangan guru di Pulau Pinang telah menerima sumbangan kebajikan yang diadakan dalam satu majlis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kim Sen di Bukit Mertajam hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin.

"Penerima terdiri daripada 38 ahli berketurunan Cina, 16 ahli Melayu dan lapan ahli India. Kesemua penerima merupakan mangsa banjir teruk yang berlaku di lima daerah negeri itu pada 4 November lalu," katanya di sini.

Mengikut rekod, seramai 100,000 ahli terdiri dalam kalangan guru di seluruh negara berdaftar dengan YGMB. - K! ONLINE