Pengarah Pemasaran Cuckoo, Queenie Goh berkata, yayasan tersebut yang merupakan antara salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) diadakan bagi menyediakan satu platform buat penggiat seni untuk mengembangkan lagi bakat mereka.

“Terdapat lima bidang seni yang diperkenalkan didalam Yayasan Seni Kreatif Cuckoo antaranya filem, literatur, reka bentuk seni kraf dan interior, pertunjukan seni dan kreatif serta aktiviti sekolah. 

"Yayasan ini diyakini akan merapatkan lagi jurang bagi artis di seluruh negara agar mereka dapat mencapai kejayaan dalam bidang seni tempatan,"  katanya pada Majlis Pelancaran CCAF di Now Theater Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Tarikh bagi penyerahan permohonan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 7 Mei hingga 16 Jun dan 1 Julai hingga 8 September ini.

Bagi individu, syarikat dan institusi pendidikan  yang berminat untuk memohon penajaan tersebut bolehlah melayari laman web rasmi Cuckoo Malaysia di www.cuckoo.com.my/ccaf. - K! ONLINE