Pengerusi YBR dan Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, daripada jumlah itu lebih RM24.5 juta adalah biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke universiti dan bakinya bagi menganjurkan seminar pendidikan dan aktiviti lain berkaitan pendidikan.

"Sejak 2003, lebih 200,000 pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PT3 (Penilaian Tingkatan 3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara mendapat manfaat program itu.

Bagi tahun ini, YBR memperuntukkan hampir RM1 juta melaksanakan Seminar Didik Rakyat," katanya kepada media selepas perasmian Seminar Didik Rakyat 2019 peringkat negeri Perlis oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof di sini, hari ini.

Noripah berkata, YBR dengan kerjasama akhbar Berita Harian akan menganjurkan lebih 60 seminar untuk calon UPSR dan SPM di seluruh negara tahun ini. - Bernama