Motosikal R25 2019 itu masih mengekalkan enjin model yang terdahulu. Namun, ia kini didatangkan dengan pelbagai ciri yang baharu.

Harganya telah ditetapkan pada RM19,998 (harga asas tidak termasuk cukai dan insurans), kekal sama seperti model sebelumnya.

Yamaha masih mengekalkan unit dua silinder selari, DOHC, penyejukan cecair, 250cc yang sama bagi motosikal R25 2019, ia juga didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri yang telah dipertingkatkan antaranya:

- Fork terbalik untuk pengendalian dan maklum balas jalan raya yang lebih hebat.

- Panel badan aerodinamik baharu, termasuklah lohong masukan udara gaya YZR-M1.

- Reka bentuk tangki bahan api baharu untuk memberikan posisi duduk yang lebih baik.

- Palang pemegang dan ergonomik baharu untuk jalan raya dan juga atas litar.

- Lampu LED keseluruhan dan instrumen LCD baharu.

Didatangkan dalam dua kemasan warna iaitu biru dan merah, motosikal R25 2019 akan mula dijual pada minggu ketiga bulan Mac. Para pembeli turut akan menerima kunci cakera khas Yamaha keluli tahan yang eksklusif bernilai RM100. - K! ONLINE 

Motosikal R25 2019 itu masih mengekalkan enjin model yang terdahulu. Namun, ia kini didatangkan deng
Motosikal R25 2019 itu masih mengekalkan enjin model yang terdahulu. Namun, ia kini didatangkan dengan pelbagai ciri yang baharu.