Pengumuman itu dibuat di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas pusingan pertama yang berlansung di Bandar Jasin Mentari, Melaka sebentar tadi.

Ia diperkenalkan oleh penunggang pasukan Yamaha Cub Prix iaitu Ahmad Afif Amran, Kasma Daniel Kasmayudin dan Md Akid Aziz yang mendominasi tiga tempat teratas dalam kategori CP150 selama dua tahun dan oleh juara CP115 tahun 2018, Tengku Amirul Haffirudin.

Antara ciri-ciri istimewa Y15ZR V2 ialah lampu LED hadapan yang lebih canggih, panel metel LCD baharu, tayar hadapan lebih lebar bersaiz 90/80 dan mempunyai corak grafik moden terkini.

Selain itu, jentera tersebut juga didatangkan dalam empat pilihan warna menarik seperti Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey.  

Y15ZR V2 boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula pertengahan April 2019 ini dan para pelanggan juga akan dihadiahkan dengan kunci brek cakera bernilai RM100.

Bagaimanapun, harga jualan bagi motosikal itu masih diumumkan dan hanya akan didedahkan pada bulan hadapan. – K! ONLINE

y15
Antara ciri-ciri istimewa Y15ZR V2 ialah lampu LED hadapan yang lebih canggih, panel metel LCD baharu, tayar hadapan lebih lebar bersaiz 90/80 dan mempunyai corak grafik moden terkini.