Menurut Wiko dalam satu kenyataan hari ini, model Wiko Robby2 yang dijual dengan harga serendah RM375 dan Kenny pula berharga RM399, manakala Ufeel Go berharga RM439.

"Pembeli bagi model Robby2 dan Ufeel Go akan mendapat lapisan kaca anticalar secara percuma sepanjang tempoh promosi ini.

"Justeru, orang ramai perlu merebut peluang ini sebelum promosi ini tamat," katanya.

Robby2 dildatangkan dengan skrin bersaiz 5.5 inci, dilengkapi dengan dua pembesar suara dan mikrofon yang mampu memberikan impak dalam kehidupan seharian.

Sementara itu, Kenny yang hadir dengan teknologi rangkaian 4G pula dilengkapi dengan paparan skrin lima inci dan kamera bersaiz lapan megapiksel (MP) bahagian belakang serta 5 MP kamera hadapan.

Manakala, Ufeel go hadir dengan bateri diguna semula dan lebih menarik gajet tersebut juga boleh dijadikan sebagai pengecas telefon. - K! ONLINE