Wiko Malaysia berkata, mereka teruja untuk memperkenalkan telefon pintar tersebut yang merupakan sebahagian daripada koleksi Y Range Wiko.

Katanya, model tersebut turut memiliki kamera hadapan dan belakang bersaiz lima megapiksel dengan pelbagai mod yang menarik untuk pengambilan gambar secara kreatif yang turut dilengkapi dengan teknologi HDR.

"Ditawarkan pada harga RM269, Jerry3 didatangkan dengan skrin lima inci (12.7 sentimeter), cip pemprosesan Quad-Core 1.3GHz, memori bersaiz 16GB dan menggunakan sistem operasi Android Oreo.

"Selain itu, Jerry3 yang dikeluarkan dengan saiz kompak ini bakal menjadi teman sempurna bagi poket anda dan pada masa sama berprestasi tinggi ," katanya.

Telefon pintar itu didatangkan dengan empat pilihan warna dengan kemasan metalik iaitu  hitam, emas, merah dan hijau kebiruan serta mempunyai waranti selama setahun untuk menukar semula telefon tersebut dalam tempoh 120 hari bermula dari tarikh ia dibeli. - K! ONLINE