Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),  Datuk Ajis Sitin yang berkata, pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat.

"Saya ingin menegaskan bahawa Jakoa sangat mengambil berat mengenai kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. 

"Pelbagai usaha dan kerjasama dengan jabatan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan sentiasa dilakukan demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat bantuan kebajikan yang mencukupi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu Ajis mencadangkan agar aktiviti pembalakan di kawasan terbabit ditangguhkan.

Semalam, sebuah portal berita dengan laporan bertajuk "Orang Asli Perak Diugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan" antara lain menyatakan penduduk Orang Asli Kampung Tasik Cunex telah membuat sekatan di laluan utama lori balak sebagai bantahan terhadap aktiviti pembalakan yang didakwa menceroboh tanah adat mereka. - Bernama